Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak
boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan,
pandanglah masa depan kita.
Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga
di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua
buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih
mana yang benar dan mana yang salah.
Kita lahir dengan otak di
dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun
kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat
mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang kita
fikirkan dalam otak kita jauh lebih berharga daripada emas dan
perhiasan.
Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita
hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat
tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak
hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit
mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.
Kita
lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita
pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita
yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita
dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai
kita seperti kita mencintai dia.
Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah.
Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan.
Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup
sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.
Dalam
hidup,terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita
inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya
kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup
kita menjadi lebih bahagia.
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi.
Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerana kamu hanya memiliki satu
kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu
lakukan.
Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang
telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan
kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati.
Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum. Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.
Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan.
Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya.
Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali
Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.
Drama baru di TV3 yang akan disiarkan pada hari Ahad 19 Jun 2011 jam 9 malam. Tengok jangan tak tengok .. sinopsis dia pun dah macam best. Ditambah lagi dengan pelakon yang diminati ramai (ada Aaron Aziz tuuu..) tak sabar rasanya nak tengok :-)
NOVEL STANZA CINTA SINOPSIS DRAMA TV3
"Drama Stanza Cinta berkisar tentang cinta 3 segi antara Amni,
Taufik dan Irfan. Amni akhirnya bertunang dengan Irfan pemuda kaya
raya, sedangkan hati dan cinta pertamanya untuk Taufik, pemuda alim.
Bagaimanakah Amni boleh bercinta dgn orang lain dan bertunang dgn orang
lain?"
Amni
Sorfina hanyalah seorang wanita akhir zaman yang sedaya upaya untuk
menjadi solehah. Namun..jalan yang terbentang dihadapannya selalu
berombak dan tidak pernah tenang. Ujian itulah teman baik yang selalu
mengikutnya kemanapun dia melangkah.
Ketika bahagia mula menyapa dirinya, ketika bunga-bunga sakura
mengembang dengan indahnya, ketika dia mula tersenyum
bahagia....tiba-tiba sahaja segalanya menjadi begitu menyiksakan jiwa
dan menikam-nikam tangkai hatinya. Seolah-olah istilah bahagia itu
bukan untuknya. Apa sahaja yang diimpikan dan diharapkan tidak pernah
menjelma menjadi kenyataan. Sering sahaja Allah mengambil orang-orang
yang disayangi dari sisinya.
Simpang kehidupan Amni begitu rumit dan melelahkan. Terhidang dengan
derita dan airmata. Walaupun cinta itu ada didepan matanya, namun dia
tidak pernah sempat mengecapi makna bahagia itu. Hatinya sering luluh
dan terluka kerana cinta yang dimiliki.
Apakah Amni akhirnya berada disisi Taufiq…seorang lelaki yang begitu
dicintainya, lelaki soleh yang mula mengajar Amni makna cinta sejati,
Sang Adam pertama yang telah berjaya membeli cintanya yang paling mahal
itu? Atau Irfan Ikmal yang selalu hadir dengan cinta yang luhur dan
suci untuk Amni. Yang rela memberikan seluruh kebahagiaan yang
dimilikinya untuk Amni. Mestikah dia memilih cinta ini? Tidak bisakah
dia mengecapi bahagia tanpa perlu menyakiti insan lain?
Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan sepenuhnya
antara pukul 1.25 pagi sehingga 6.59 pagi pada Khamis ini (16 Jun).
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha
berkata, sehubungan itu semua masjid dan surau disaran mengadakan solat
sunat khusuf berserta khutbah gerhana.
"Ibadah sunat ini seharusnya dapat ditunaikan sebaik mungkin kerana
fenomena ini jarang-jarang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan di
sini hari ini.
Othman berkata, masjid-masjid utama seperti Masjid Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur serta Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra
di Putrajaya akan menganjurkan solat sunat khusuf pada pukul 3 pagi.
Selain itu, aktiviti cerapan akan diadakan di Masjid Putra, Putrajaya
dengan kerjasama agensi luar iaitu Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
dan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM). – Bernama
Ringkasan Tatacara
Mengerjakan Solat Gerhana
Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan
diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami'ah!! ( Solat berjemaah )
Niatnya :
"Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta'ala" - (Jika berimam) ataupun
"Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Ta'ala" - (Jika solat seorang diri)
Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah.
Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :
Rakaat Pertama
1)Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Gerhana (Kusuf
atau Khusuf)
2)TakbiratulIhram
3)Doa Iftitah
4)Membaca surah al-Fatihah
5)Membaca Surah al-Qur’an
6)Rukuk
7)Iktidal
8)Membaca Surah al-Fatihah
9)Membaca Surah al-Qur’an
10)Rukuk
11)Iktidal
12)Sujud
13) Duduk antara dua sujud
14)Sujud kali kedua
15) Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
1)Membaca surah al-Fatihah
2)Membaca Surah al-Qur’an
3)Rukuk
4)Iktidal
5)Membaca Surah al-Fatihah
6)Membaca Surah al-Qur’an
7)Rukuk
8)Iktidal
9)Sujud
10) Duduk antara dua sujud
11) Sujud kali kedua
12) Duduk untuk tahiyyat akhir
13) Memberi salam ke kanan dan ke kiri
Khutbah Ringkas
Selepas Solat.
Setelah selesai mengerjakan solat Gerhana, sunnah dilaksanakan
khutbah yang ringkas.
Hello semua .....
Dapat emel ni dari seorang kawan (thanks Ain) .. mmg lawak aarrr ..
baca jangan tak baca :-)
Nowa,
Kakitangan Kajaan,
Putrajaya
TV3
Sri Pentas,
No 3, Persiaran Bandar Utama
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya
Tuan,
Per : Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena
Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan drama bersiri Nora Elena adalah berkaitan.
2. Dimaklumkan, bahawa saya, Nowa dengan ini membantah penyiaran drama
bersiri Nora Elena yang disiarkan setiap hari, jam 7 petang di saluran
tuan. Antara sebab sebab pembantahan saya adalah seperti berikut.
i) Membuatkan jiwa isteri isteri terganggu. Mana ada suami gitu sabo
dalam dunia ini? Logik tak bila Nora tanya Seth, asal Seth tak penah
dengan apa saja perbuatan Nora? Seth jawab, sebab Seth terlalu
sayangkan Nora. Jadi kesimpulan, isteri-isteri mula curiga dengan suami
mereka yang sepanjang masa marah marah. Ni laki aku sayang ke tak ni?
ii) Jiwa jiwa suami juga turut terganggu. Ini kerana, apa bila tiba
scene scene romantik dan tidak dapat diterima akal, seperti Nora
terpeleot, Seth siap dukung bawak g sofa, tingkat bawah..(gila
gagah..aritu aku nak branak, laki aku gendeng henbek aku, beg kain aku,
pastu tunggu aku kat grill depan umah, aku la terkedek-kedek jalan
sendiri..pastu pegang lengan aku je tau..bila suh dukung macam biasa
drama atau filem buat, laki ckp, "ah gile mung, patoh pinggang!" Pastu
sampai sepital, lari lari amik wilca..kalu dukung macam drama melayu
kan bagus??)
Oh pasal part romantik tu, biasanya isteri akan menjeling kepada suami,
disertai dengan kata kata sinis, "dedi mung ni masa dulu geletak nok ke
mami, masa mami begetoh je belanar beli bunga, minyok wangi, cekelat
bagai..leni doh dapat mami doh haghammmmmm!!! asal besday ke
anniversary ke, pakai tektik, hadiah ai pada yu adalah sebuah cinta
yang murni dan ikhlas"....itu je?? harharharharam!!
Paling koman, selepas jelingan tajam, cubitan kental di lemak perut pasti akan singgah di bahagian perut suami.
Jadi, sebagai lelaki melayu, suami, mereka juga merasa hangat dengan penyiaran drama bersiri ini.
Kebiasaan jugak, malam malam yang sepatutnya diisi dengan aktiviti
sukan berair akan berlalu begitu saja, pabila sang isteri makan hati,
lelaki melayu dalam drama lagi romantik dari laki sendiri. Saje saje
wat merajuk, ingatkan si laki pujuk cam si Seth pujuk Nora, tapi tak
tau laki sendiri penat, dah, amik kau, sampai ke pagi tak dapat apa
apa..laki tak pujuk satu hal, laki horny dibuat bini gitu pun satu
hal..Sian Johnny!
iii) Memberi harapan pelesu kepada gadis gadis yang belum menikah.
Apabila pengaruh Seth Tan mula menular, maka ramai gadis gadis mencari
pasangan hidup yang romantik nak mampus macam Seth Tan. Selepas
menonton siri itu juga, kajian secara rambang mendapati kebanyakan dahi
gadis gadis lebam. Ini adalah berikutan dengan tabiat sebelum tido
mereka yang gemar meletakkan belakang tapak tangan ke dahi sebelum tido
sambil berangankan lelaki seromantik Seth Tan, walau sebenarnya, Non
Ada lelaki MELAYU seromantik itu. Yang romantik cumalah, lelaki
Bangladesh, lelaki Lombok, dan Shahrukh Khan sahaja.
iv) Pasangan-pasangan bercinta kerap bergaduh.
Sang aweks memaksa jejaka untuk kerap membelikan bunga. Sedangkan
boipren tu keja Kerani je kat Kementerian Kewangan. Gaji pun RM1500
jek. Kau gile sekuntum bunga brape hengget?? Kalu nak 3 kuntum sebulan,
takpe jugak. Ni nak 21 roses everiday?? Kau gile, ko nak mamoh kelopak
bunga ke? Kau ingat kau cantik macam Nora Elena nak demand-demand? cess
v) Tak logik punya citer..Brape lama kawen baru bole 'bersama'?? Ada ke
lelaki sesabar Seth tu.. Ok, takde ke tunjuk scene Seth 'tumbuk
sambal'?? eh, kalu betol ada lelaki tak penah sentuh isteri, kira mesti
dia 'tumbuk sambal' kan? hahahha...takut awak sakit belakang
konon..padahal ajak tido skali..mood cameron suda mari..eh, tetiba
teringat Jay....kahkahkahakha
vi ) kari hangus, nasik hangit
Duk sibuk berkejar dari dapur ke hall, pastu ke dapur semula, pastu
part ehem ehem, part ada pelangi, dah teralit, tengok sambil berangan,
jeling laki, dah lupa kari kat dapur..hangit gitu je..
vii) Mengganggu tumbesaran anak kecil.
Pabila seorang isteri, terpengaruh dengan apa yang dilihat di kaca
telebisi, nak perli secara derek kepada laki sendiri takut kena
penampo, jadi, anak kecil dijadikan medium untuk menyampaikan isi hati
"tengok tu Alya, dulu dedi mung semart gitu ah, nok g dating siap bukak
pintu bagai sume? leni? mami terkedek kedek bawok barang dia hon siap
siap doh"
"owoh Alya ork? napok ngat nipu..mana ada orang kawen doh romantik gitu ork??"
Kesian la budak kecit tu terkebil kebil tak tau ape mak dia bebelkan
3. Sekian dimajukan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Dan
semoga dengan ini, tiada lagi kekeliruan dan kecelaruan minda penonton
penonton lagi. Mana ada lelaki romantik gitu dalam dunia..kalu ada pun
sebelum kawen, lepas kawen, bagi setahun, atau dah dapat anak sorang,
jadi kayu la semuanya..Jadi, dimohon pihak tuan agar tidak
mempermainkan perasaan kami, dan memberi harapan pelesu kepada gadis
gadis diluar sana
Sekian,
"BERPIJAK DIDUNIA NYATA ADALAH TUNGGAK KEHIDUPAN BAHAGIA"
( NOWA)
Pengerusi,
Kelab Ibu-Ibu Menyusu Badan
Putrajaya
Nak kata binatang pun binatang sayangkan anak ... inilah manusia bila tiada pegangan agama, tanpa menggunakan akal fikiran yang dikurniakan ... tergamak membuang bayi dengan mencampakkan seperti sampah dari tempat tinggi ... Nauzubillah .. apa yang nak jadi dengan dunia sekarang??
Dipetik dari akhbar Harian Metro 2 Jun 2011
Angkara Binatang
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Kekejaman jenayah buang bayi ibarat mencapai tahap kemuncak apabila seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui mati dengan kepala berkecai dipercayai akibat dicampak dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Sentul Utara, di sini, jam 12 tengah malam kelmarin.
Bayi berkenaan dipercayai masih hidup sebelum dicampak. Dipercayai bayi itu dibawa seseorang ke tingkat lima pangsapuri berkenaan berdasarkan kesan darah yang ditemui di tangga bangunan itu.
Penduduk yang menemui mangsa, Ahmad Azhari, 34, berkata ketika itu dia baru meletakkan keretanya di tempat letak kenderaan di bawah pangsapuri berkenaan.
Menurutnya, ketika berjalan menuju rumahnya, dia melihat benda seakan-akan bayi terbaring di tepi tong sampah di atas jalan.
“Saya pada mulanya menyangka benda itu anak patung, namun pelik apabila melihat ada kesan darah. Saya kemudian berjumpa jiran yang berada berdekatan dan menyuruhnya memeriksa objek itu dan terkejut apabila mendapati ia mayat bayi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Jirannya, Mokhtar Ahmad berkata, ketika melihat mayat bayi itu dari dekat, hatinya amat tersentuh kerana terdapat kecederaan teruk pada kepala bayi itu. Tak sangka ada manusia tergamak melakukan perbuatan kejam ini,” katanya yang melaporkan kejadian itu kepada polis.
Pengerusi Rukun Tetangga pangsapuri berkenaan, Ramli Abd Aziz, 43, berkata selama 17 tahun menetap di situ, ini kali pertama kejadian pembuangan bayi secara kejam berlaku.
“Geram apabila difikirkan mereka melakukan perbuatan kejam itu dan sayu rasanya ketika saya melihat darah bayi itu yang keluar dari kepalanya.
“Perasaan sedih kuat menyelubungi diri saya, tapi hendak menangis pun tidak berguna kerana kejadian sudah berlaku,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata polis tidak menolak kemungkinan bayi itu dicampak dari tempat tinggi iaitu pangsapuri berhampiran berdasarkan kecederaan parah pada kepalanya.
Menurutnya, polis menerima maklumat mengenai penemuan mayat bayi itu pada kira-kira jam 12.30 tengah malam dan pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati bayi yang cukup sifat itu besar kemungkinan baru dilahirkan berikutan masih bertali pusat.
“Di sebelah mayat bayi itu turut ditemui beg plastik yang mengandungi uri,” katanya yang merayu orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu segera menghubungi polis.
Kes pembunuhan dan pembuangan bayi ini yang ketiga berlaku di Lembah Klang dalam seminggu. Harian Metro semalam melaporkan mengenai penemuan mayat seorang bayi tersangkut di celah batu di Sungai Gombak, berdekatan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, jam 9 pagi, kelmarin.
Bayi perempuan itu dibawa arus sungai berkenaan ke kawasan itu berikutan maklumat orang awam menyatakan ternampak kelibat ‘anak patung’ terapung di kawasan berdekatan Stesen LRT Titiwangsa.
Pada 27 Mei lalu pula seorang penuntut kolej swasta berusia awal 20-an nekad menyimpan mayat bayi lelaki cukup sifat dilahirkannya dalam almari di bilik sebuah rumah di Cheras di sini, selama dua hari.
Penuntut terbabit melahirkan bayinya sendirian dan bayi itu dipercayai mati sejurus dilahirkan sebelum menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini, kira-kira jam 12 tengah hari, selepas berasa bersalah dengan tindakannya.
Penuntut itu hadir ke balai polis sambil mendukung mayat bayinya yang dibalut tuala.
Entri penuh pertama saya yang berbahasa Malaysia :-)
Saya tergerak untuk membuat entri ini kerana novel ini Kasih Yang Suci, hasil nukilan Meen Zulaikha telah diadaptasikan sebagai drama bersiri yang kini sedang ditayangkan di TV3. Oleh kerana terdapat nama drama yang sama yang telah ditayangkan, pihak penerbit memutuskan untuk menamakan drama ini "Nora Elena".
Barisan para pelakon terdiri daripada:
Siti Saleha (Nora Elena)
Aaron Aziz (Seth Tan)
Zul Ariffin (Eid)
Wan Sharmila (Yvon)
Miera Liyana (Miera Tan, adik Seth Tan)
Erry Putra (Inspektor Amir, kawan Seth Tan)
Fateen (Adila, kawan baik Nora Elena)
Ada beberapa watak penting di dalam novel ini.
Nora Elena
Nora Elena (Nora)
merasakan bahawa dialah wanita yang paling bahagia. Mempunyai rupa paras yang cantik, berkerjaya dan juga bakal menamatkan zaman bujangnya bersama lelaki yang dicintainya. Semuanya musnah apabila di saat-saat akhir dia ingin melangkah ke
gerbang perkahwinan, tunangnya Saiful Idham (Eid) telah menarik diri.
Eid membuat keputusan untuk tidak meneruskan perkahwinan dengan Nora
disebabkan perkhabaran yang diterima seminggu sebelum mereka bakal
bergelar raja sehari.
Perkhabaran yang diterima oleh Eid sememangnya mengugat hati seorang
yang bernama lelaki. Apatah lagi apabila seorang lelaki itu
bersungguh-sungguh untuk menempuh alam baru iaitu berumahtangga. Nora
dikatakan telah kehilangan dara seawal usia 15 tahun telah menyebabkan
Eid dengan serta-merta berubah fikiran untuk menyunting Nora sebagai
teman hidupnya.
Nora tidak diberi ruang penjelasan bagaimana kejadian
yang meragut kegadisannya berlaku sebaliknya dipersalahkan. Selepas mendapat perkhabaran bahawa perkahwinan dibatalkan, emak Nora jatuh sakit. Ekoran
daripada itu, Nora menerima sahaja kehadiran Seth sebagai suami
sekaligus dianggap sebagai penyelamat keadaan walaupun tiada sekelumit rasa pun cinta terhadap Seth.
Seth
Seth Tan, seorang lelaki kacak berketurunan Cina dan juga seorang ahli perniagaan yang berjaya. Bertahun-tahun lamanya dia mencari Nora untuk menebus kesilapan masa lampau. Ditemani
dengan perasaan bersalah sepanjang hayat menyebabkan Seth berusaha
mencari Nora dengan apa cara sekali pun. Walaupun bertemu dengan Nora
yang ketika itu menjadi tunangan orang, Seth tetap berusaha memiliki
Nora.
Kesilapan Seth akhirnya dapat ditebus
dengan mengahwini Nora yang dia cari-cari selama ini. Setelah menganut agama Islam dan mengahwini Nora, Seth seorang suami yang terlalu romantik, penyayang dan sanggup berbuat apa sahaja untuk Nora. Walaupun Nora terlalu dingin dan tidak mencintai Seth, Seth tetap menjadi seorang suami yang sabar dengan harapan Nora akan mencintainya suatu hari kelak. Namun, mampukah Nora mencintainya setelah mendapat tahu kesalahan Seth pada masa lampau??
Saiful Idham (Eid)
Merupakan tunang kepada Nora. Kasih
sayangnya terhadap Nora akhirnya goyah dek kerana perkhabaran kurang
enak tentang Nora. Gara-gara tidak berfikir panjang, Eid dengan
mudahnya memutuskan pertunangannya dengan Nora walaupun menyedari hari
bahagianya terlalu hampir. Eid terburu-buru membuat keputusan untuk
meninggalkan Nora tanpa menyedari tindakannya itu akhirnya membuat
dirinya merana.
Perasaan bersalah dan ingin kembali kepada Nora
akhirnya timbul dalam diri Eid. Walau bagaimanapun terlewat kerana
pintu hati Nora telah tertutup untuk Eid buat selamanya.
Promo Drama Nora Elena
Dengan sengaja saya tidak membuat gambaran secara keseluruhan tentang novel
ini kerana dramanya masih lagi ditayangkan. Kalau sudah tidak sabar untuk mengetahui kesudahannya, kawan-kawan pergi cari ya di kedai-kedai
buku, beli dan baca ya. Bagi sokongan pada penulis-penulis tempatan
macam ni :-)
Ini merupakan kupasan/ rumusan pendapat saya berkenaan buku ini.
Tidak
semestinya perlu berkongsi dengan bakal suami atau tunang bahawa anda mempunyai rahsia / kisah silam / peristiwa hitam. Penerimaan manusia tidak semuanya sama. Sekiranya lebih
baik didiamkan perkara ini, maka lebih baik disimpan rapi. Begitulah
sebaliknya kalau pasangan anda seorang yang berfikiran terbuka. Tiada
guna menyalahkan masa silam yang hitam kerana hidup perlu anda teruskan.
Ada masa-masa tertentu anda akan teringatkan peristiwa hitam itu,
kawallah diri agar anda tidak kehilangan apa yang telah anda usahakan
selama ini.
Untuk apa juga mengenangkan peristiwa hitam yang akhirnya
membuatkan diri anda putus semangat untuk hidup atau anda hidup atas
simpati orang semata-mata. Buang sikap negatif tersebut, bangkit dan
bina hidup baru yang boleh membahagiakan diri dan masa depan anda
kelak. Walaupun mendung berarak, ianya akan pergi jua dan muncullah sinar mentari yang cerah menyinari segalanya.
Kadang-kadang
kita tersedar seolah-olah kita telah tersilap langkah. Hendak berundur
terasa macam sudah jauh melangkah. Kalau dari awal dapat mengelak
mungkin tidak akan menghadapi kebuntuan sebegini. Ikutkan hati dan
perasaan yang akhirnya menjerat masa depan sendiri. Sukar untuk
berpatah balik, yang mampu hanya meneruskan langkah walaupun tidak sama
seperti awal-awal dulu. Harungi kehidupan mengikut arus dan rentak yang
telah tercipta mungkin akan meyenangkan hati dan perasaan. Mungkin.
Percaya
atau tidak, ada kalanya pasangan anda hanya mendengar luahan anda
bukannya menyelami luahan perasaan anda. Kecil hati dengan sikap
pasangan yang berpura-pura menyayangi dan mengasihi? Peristiwa sebegini
membuatkan kita tertanya-tanya kenapa ditemukan dengan pasangan kita.
Sengsara yang anda hadapi belum tentu dapat berkongsi dengan pasangan
anda. Keyakinan akan semakin terhakis apabila satu-persatu sikapnya
yang membuatkan kita kecewa. Demi menjamin kebahagiaan zahir, sanggup
diamkan saja. Tapi sampai bila? Fikir fikirkan :-)
Dengarkan salah satu lagu di dalam ost drama ini daripada Sofaz - Dan Bila Esok. Saya suka sangat lagu ini :-)
Setakat ini, saya suka dengan perjalanan drama ini. Aaron Aziz berjaya membawa watak Seth, seorang lelaki yang bergelut dengan emosi bersalah, sangat romantik dan betul-betul mencintai Nora. Dalam pada itu, Seth berusaha sedaya upaya supaya cintanya diterima. Pada pendapat saya adalah sukar dalam realiti untuk menemui lelaki seperti Seth. Hanya terdapat di dalam novel sahaja. Hahaha ...
Watak Nora yang dilakonkan oleh Siti Saleha, seorang pelakon baru yang mana saya rasa perlu diluahkan lagi. Nora setelah berkahwin menjadi seorang yang cepat pemarah, dan merasakan dirinya sudah tidak bebas lagi. Apatah lagi dia berkahwin dengan orang yang tidak dicintainya.
Jadi, jangan lupa kepada semua untuk menonton drama Nora Elena yang ditayangkan di TV3 pada pukul 7 malam ya :-)