Showing posts with label Religion. Show all posts
Showing posts with label Religion. Show all posts

Wednesday, November 30, 2011

Doa Yang Dilupakan

| | 0 comments



Inilah yang telah diajar oleh kakakku... terima kasih Along....
semoga menjadi amalan dalam kehidupan seharian kita semua .. InsyaAllah .... 

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN – semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar,  setiap hari kita memohon di dalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..  

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil.
Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah
Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah  yang tak terhitung besarnya Bukalah dada kita seluas-luasnya agar  semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima.

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup.Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (angkatlah darjatku) 
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (sihatkan aku)
Wa’Fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita. 
Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..

Boleh juga diamalkan sebagai zikir.. InsyaAllah ..



Read more...

Wednesday, August 17, 2011

Jangan Ditangisi Apa yang Bukan Milikmu

| | 0 comments

Dipetik daripada IluvIslam.com


Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

Read more...

Wednesday, August 3, 2011

Jodoh Dari Tuhan

| | 0 comments


 Dipetik dari Portal Islam Murabbi

“Abang nak dengar cerita tak?” ujar Zahra kepada saya. Waktu itu saya tengah menghadam kitab Usul Fiqh tulisan Syekh Prof. Dr. Abd Karim Zaidan. Ulama kelahiran Iqra yang tekun mendidik dan berdakwah di Yaman. Beliau terkenal dengan kealimannya dalam bidang Fiqh dan Usul serta Dakwah.

Sengaja saya meneruskan bacaan. Seperti tidak mendengar apa-apa.

“Abang, nak dengar tak cerita saya. Emm…tak pelah.” Dia mencebik muka.

Itulah yang saya tunggu. Saya tutup kitab fiqh dan saya letakkan di atas meja kecil. Saya melangkah mendekati isteri yang sedang duduk bersimpuh di atas lantai beralaskan karpet. Saya duduk betul-betul dihadapannya. Mata kami bercantum empat. Pandangan kami menyatu. Perlahan-lahan saya hulurkan kedua tangan, saya pegang pipinya. Saya dekatkan bibir ke wajahnya. Dia menutup mata. Kemudian…tangan nakal saya mencubit lembut hidungnya.

“Haa! haa..!” Saya pantas bangkit dan melarikan diri.


“Abang!”

Zahra cukup geram dengan perbuatan saya tadi. Dia terus bingkas dan mengejar-ngejar saya dibelakang. Suasana menjadi riuh dengan suara gelak dan tawa kami. Kami seakan anak kecil yang bermain kejar-kejaran. Mujurlah kami belum punya cahaya mata. Kalau tidak pasti mereka merasa pelik melihat gelagat kami yang seperti kebudak-budakan. Melihat keadaan isteri yang semakin letih, saya tidak betah untuk terus berlari. Sengaja saya beralah. Pantas sahaja dia menangkap tubuh saya, lalu melancarkan serangan. Berkali-kali. Saya hampir tidak tahan.

“Sayang! Abang cubit sekali je tadi.”
Saya cuba membela diri.

“Ah. Tak kiralah abang yang mula dulu. Sekarang terimalah balasannya.” Zahra sehabis mungkin mengenakan saya. Habis tubuh saya dijamah dengan cubitan kecilnya. Dia mengilai riang. Saya tidak bisa berbuat apa, membiarkan dia menang dalam gurauan. Saya perhatikan tingkahnya. Suaranya. Gelak tawanya. Seperti keanak-anakan. Saya gembira.

Lalu dengan pantas saya tangkap serangan terakhirnya. Saya pegang kedua tangannya. Zahra terdiam kaku. Saya pandang tepat ke wajahnya. Ada titik air tampak dikelopak matanya. Saya sekat air mata bahagia itu. Perlahan-lahan saya kucup ubun-ubunnya. Kemudian saya rangkul tubuhnya. Saya peluk dia erat-erat. Saya merasa degupan jantungnya. Rasa kami menyatu. Bahagia!

“Abang ni, sampai hati kenakan saya.” Bulat matanya, terpancar dengan rona-rona keceriaan.

“Sekali-sekala bergurau dengan Zahra, seronok juga kan.” Seloroh saya.

Saya ajak Zahra duduk dikerusi berhampiran tingkap, kami benar-benar menghadap pantai. Saya betulkan posisi duduk dan merebahkan tubuh ke sandaran kerusi berlapikkan span. Zahra menyandarkan kepalanya ke dada saya. Saya tarik tubuhnya dan rebahkan ke dada saya. Saya bebas membelai rambutnya dan memeluknya. Hati terasa sejuk dan tenang. Alangkah indahnya nikmat Tuhan. Bermesraan dengan wanita yang halal, ia adalah dikira ibadah. Inilah hikmah perkahwinan, Allah membuka pintu-pintu kenikmatan yang membuahkan pahala. Sambil memerhatikan keindahan langit, Zahra memulakan cerita.




“Pernah suatu ketika dulu, sebelum Allah menyatukan kita. Waktu itu kita sama-sama menuntut di universiti. Saya begitu kagum dengan seorang pemuda. Saya rasa dia adalah lelaki paling mulia di dunia. Dia pemuda sejati yang menempatkan ibadah dan dakwah di atas segalanya. Sungguh saya kagum dengan keperibadiannya. Kebijaksanaannya menyantuni orang-orang sekeliling membuatkan hati-hati yang menjadi dekat dengannya. Bicaranya ibarat zikir-zikir yang sering mengingatkan orang-orang sekeliling akan Allah. Tingkahnya membuatkan orang-orang merasa senang bahkan bisa tersentuh. Persis akhlak Baginda Nabi SAW.”


“Saya tidak pernah menyangka saya jatuh hati pada pemuda itu. Sungguh saya tidak pernah menyangka perasaan itu dan saya berkali-kali menafikannya. Namun saya tidak kuat menolak cinta yang hadir dalam diri. Saya tewas dengan perasaan sendiri.”

 

Wajah saya seakan berubah. Saya benar-benar cemburu kepada pemuda itu. Masakan dia bisa mencuri hati seorang wanita mulia. Seorang muslimah yang sangat saya sanjungi dan kagumi keperibadiannya. Yang sekarang ini menjadi permaisuri di hati. Saya biarkan Zahra dengan bicara dan saya dengar dengan saksama.

“Namun saya masih kuat untuk mendidik nafsu sendiri. Saya tidak tertewas dengan pujukan syaitan yang berkali-kali mengajak saya menerobos ke ruang maksiat. Saya masih punya sifat malu yang menebal. Mustahil untuk saya menanggalkan pakaian mulia itu. Maka dengan perasaan malu yang mendalam itulah saya bertahan membuang segala rasa yang mungkin mengganggu hari-hari saya. Saya tidak mahu terjebak ke jurang cinta seusia itu kerana saya telah tekadkan dalam diri bahawa hidup saya semata-mata untuk menelaah ilmu dan al-Quran. Cinta sebelum bernikah adalah cinta yang tidak harus diagung-agungkan. Saya pendamkan rasa cinta saya pada pemuda itu, kerana saya berkeyakinan bahawa jodoh adalah rahsia Allah yang tidak bisa disingkap oleh insan melainkan dengan kudrat-Nya.”


“Saya berusaha mendekatkan diri kepada-Nya. Melazimi solat malam yang kian sebati dalam jiwa. Bulat-bulat saya berserah pada Allah perihal jodoh. Saya yakin akan bicara Allah dalam kalam-Nya:


“(lazimnya) perempuan-perempuan Yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki Yang jahat, dan lelaki-lelaki Yang jahat untuk perempuan-perempuan Yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik. mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) Yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan Yang mulia.”

(Surah An-Nuur:26)

“Pemuda yang mulia untuk wanita yang mulia. Doa saya tidak henti-henti moga saya dipertemukan dengan pemuda itu jika Allah mengkehendaki.”

Tanpa saya sedari Zahra mencuri pandang saya. Dia seperti menangkap perasaan di hati tatkala membaca raut wajah saya.

“Abang cemburu?”


“Love is never without jealousy” katanya lagi.

“Alangkah bertuahnya pemuda itu. Mesti dia seorang pemuda yang hebat, masakan tidak, seorang wanita mulia yang taat beragama seperti Zahra bisa tersentuh hatinya. Siapa pemuda tu sayang?”


“Abang sungguh-sungguh nak tahu siapa pemuda itu?” ujarnya, membuatkan saya sedikit geram dalam penantian.
Dia kemudian membalikkan tubuhnya menghadap saya. Dia pegang tangan saya dan dia cium penuh takzim. Lalu dengan sungguh-sungguh dia berkata.

“Abang nak tahu pemuda itu adalah orang yang ada dihadapan saya sekarang. Zaid! Ya, pemuda yang sekarang ini halal menjadi suami saya. Dan saya serahkan hidup saya bulat-bulat kepadanya.”

Hati saya gerimis. Basah dengan bicaranya yang penuh makna. Saya pandang wajahnya dalam-dalam sembari menikmati keindahan dan keelokan wajahnya. Hati saya tenang. Maha benar bicara Nabi SAW:

“Sebaik-baik isteri adalah yang jika kamu memandangnya membuatkan hatimu senang, jika kamu perintahkannya dia mentaatiku, dan jika kamu tinggalkannya maka dia akan menjaga untukmu harta dan dirinya.”

(Hadis riwayat Ibn Jabir)

“Sayangku. Wajahmu sangat indah seindah bidadari di Syurga.”
Lirih saya.

“Dan abang adalah pemuda terbaik yang pernah saya temui. Abang cinta pertama dan terakhir saya.” Lirihnya.

Perasaan kami, jiwa kami, hati kami, segala kini menyatu. Kami meneruskan ibadah. Mengharapkan lahirnya generasi yang akan memakmurkan bumi Allah dengan kebenaran dan rahmat Islam.

“Dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir.”

(Surah Ar-Ruum: 21)
 
Read more...

Tips Memilih Suami Yang Baik

| | 0 comments


 Assalammualaikum

Artikel ini diambil dari Portal Islam Murabbi
Untuk pengetahuan saya dan untuk semua...

Kasih manusia sering bermusim, 
sayang manusia tiada abadi,
Kasih Tuhan tiada bertepi, 
sayang Tuhan janjiNya pasti,

itulah sedikit dari lagu Raihan.

Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang….

Kuat Agamanya

Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

Baik Akhlaknya

Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

Tegas Mempertahankan Maruah

Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.

Amanah

Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

Tidak Boros

Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

Tidak Liar Matanya

Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

Terbatas Pergaulan

Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.

Rakan Pergaulannya

Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

Bertanggungjawab

Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab.

Tenang Wajah

Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya.

Kepada kaum Hawa sekalian, pilihlah sebaik-baiknya suami anda kerana merekalah yang akan menjadi menjadi ketua keluarga. Berdoalah kepada Allah swt supaya dijodohkan dengan orang yang baik-baik.. Aminnnn ...




Read more...

Monday, August 1, 2011

Ramadan Al Mubarak

| | 0 comments


May the Ramadan bring you
peace and prosperity,
good health and wealth,
and brighten your life forever.

Make a sacrifice this Ramadan,
and Allah will listen to your prayers
with utmost attention!



May the spirit of Ramadan
illuminate the world and show us
the way to peace and harmony.

May Allah shower His blessings
on you and your family
during this Ramadan and always


May all of you have a bless Ramadan 
Happy Fasting :-)


Read more...

Wednesday, June 15, 2011

Gerhana Bulan Penuh - 16 June 2011 (Khamis)

| | 0 comments



Assalammualaikum semua ... 

Dipetik dari Bernama

Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan sepenuhnya antara pukul 1.25 pagi sehingga 6.59 pagi pada Khamis ini (16 Jun).

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha berkata, sehubungan itu semua masjid dan surau disaran mengadakan solat sunat khusuf berserta khutbah gerhana.

"Ibadah sunat ini seharusnya dapat ditunaikan sebaik mungkin kerana fenomena ini jarang-jarang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Othman berkata, masjid-masjid utama seperti Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra di Putrajaya akan menganjurkan solat sunat khusuf pada pukul 3 pagi.

Selain itu, aktiviti cerapan akan diadakan di Masjid Putra, Putrajaya dengan kerjasama agensi luar iaitu Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia dan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM). – Bernama 

 Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Gerhana
Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami'ah!! ( Solat berjemaah )


Niatnya :      

"Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta'ala" - (Jika berimam) ataupun

"Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Ta'ala" - (Jika solat seorang diri)

Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah.

Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :

 Rakaat Pertama

1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Gerhana (Kusuf atau Khusuf)
2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)      Membaca surah al-Fatihah
5)      Membaca Surah al-Qur’an
6)      Rukuk
7)      Iktidal
8)      Membaca Surah al-Fatihah
9)      Membaca Surah al-Qur’an
10)    Rukuk
11)    Iktidal
12)    Sujud
13)    Duduk antara dua sujud
14)    Sujud kali kedua
15)    Bangun untuk rakaat kedua
 
Rakaat Kedua
1)      Membaca surah al-Fatihah
2)      Membaca Surah al-Qur’an
3)      Rukuk
4)      Iktidal
5)      Membaca Surah al-Fatihah
6)      Membaca Surah al-Qur’an
7)      Rukuk
8)      Iktidal
9)      Sujud
10)    Duduk antara dua sujud
11)    Sujud kali kedua
12)    Duduk untuk tahiyyat akhir
13)    Memberi salam ke kanan dan ke kiri
 
 Khutbah Ringkas Selepas Solat.
Setelah selesai mengerjakan solat Gerhana, sunnah dilaksanakan khutbah yang ringkas.

Read more...

Wednesday, March 16, 2011

Takdir ...

| | 0 comments


 
Jika hendak dikirakan ’beriman’ dengan Allah, iblis laknatullah sepatutnya lebih tinggi imannya kepada Allah. Masakan tidak, dia pernah berdialog dengan Allah (dialog yang telah dirakamkan dalam Al Quran). Dia percaya kepada syurga dan neraka. Bukan sahaja percaya bahkan telah melihatnya. Syaitan yakin tentang adanya Hari Pembalasan..  Hendak diukur dari segi ibadah, ya ibadah iblis begitu hebat. Puluhan ribu tahun sujud, rukuk dan membesarkan Allah hingga terlantik sebagai ketua malaikat.  Cuma satu… syaitan kecundang kerana tidak dapat menerima takdir Allah.
Iblis sombong kerana tidak menerima ketentuan takdir. Dan dia terhina kerana itu. Lalu kita siapa yang mampu menidak dan meminggirkan takdir? Allah, itu Maha Besar, qudrat dan iradatnya tidak akan mampu kita nafikan. Jika cuba menafikan, kita akan terhina… seperti terhina iblis.  Dilaknat dan dimasukkan ke neraka… kerana gugur sifat kehambaannya!

Dalam hidup, takdir datang menguji kita. Mengapa aku mendapat suami yang begini? Mengapa isteriku tidak sebegitu?   Kenapa aku tidak kaya-kaya lagi walaupun telah berusaha.  KENAPA HANYA AKU YANG DI DUGA DENGAN BERBAGAI2 MUSIBAH ???? KENAPA?? KENAPA???

Bila masalah melanda kita merasakan kitalah yang paling menderita. Mengapa aku yang tertimpa nasib begini? Mulut berbicara mengaku Allah itu Tuhan kita tetapi mengapa kehendakNya kita tidak rela? Benarnya, masalah, ujian dan cabaran dalam hidup itu sangat berkaitan dengan iman.

Iman iblis hancur berderai bila diuji dengan takdir. Ego terpendamnya selama ini terserlah. Terbakar hangus seluruh ibadah yang dibinanya ribuan tahun. Aduh, bagaimana pula kita yang iman hanya setipis kulit bawang dan ibadah yang hanya sekelumit ini? Pujuklah hati, terima takdir itu dengan rela. Katakan,  ya Allah… sungguh sakit, sungguh perit, tapi apakan daya, aku hambaMu, Kau lebih tahu apa yang terbaik untukku berbanding diriku sendiri. Ya Allah, jangan Kau serahkan aku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata. Tadbirku seluruh dan sepenuh sujud pada takdirMU.

Takdir sentiasa mengatasi tadbir. Takdir daripada Allah, sedangkan tadbir hanya dari kita hambaNya. Kekadang takdir dan tadbir selari, maka terjadilah apa yang kita inginkan terjadi. Namun acapkali takdir dan tadbir bersalahan, maka terjadilah apa yang kita tidak inginkan. Kita ingin putih, hitam pula yang menjelma. Kita dambakan kejayaan, kegagalan pula yang menimpa. Ketika itu hati akan bertanya, apa lagi yang tidak kena? Semuanya telah kutadbirkan, tetapi kenapa gagal jua? Ketika itu timbullah bunga-bungaan ’pemberontakan’ dari dalam diri hamba yang kerdil berdepan dengan Tuhan yang Perkasa. Sama ada disedari atau tanpa disedari…


Takdir daripada Allah mengandungi banyak hikmah. Ia mengandungi didikan langsung dari Allah yang kekadang tersembunyi daripada pengamatan fikiran biasa. Ilmu semata-mata tanpa iman yang kuat, akan menyebabkan kita terkapa-kapa dalam ujian hidup tanpa pedoman yang tepat. Justeru dengan akal semata-mata kita tidak akan dapat meringankan perasaan pada perkara-perkara yang tidak sejalan dengan diri dan kehendak kita. Mengapa terjadi begini? Sedangkan aku telah berusaha?

Kebimbangan yang selalu muncul, mulut mengatakan ini semua ada hikmahnya. tapi hati selalu diasak dengan rasa kecewa, lalu terkeluar juga keluhan-keluhan kecil.  Dibimbangi yang kecil itu menjadi besar lalu menidakkan akan ketentuan ALLAH.

Bagaimana kita dapat meringankan beban hati ketika menghadapi ujian hidup? Ya, hanya pertalian hati seorang hamba dengan Allah sahaja yang menyebabkan ringannya ujian dan cubaan. Hati yang disinar dengan cahaya Allah  dan cahaya sifat-sifatNya akan berhubung dengan Allah. Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allahlah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.


Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana yakin Qada dan Qadar Allah pasti berlaku, kerana manusia harus terima, tidak boleh menolak ujian itu. Hamba yang soleh menanggung Qadar dengan sabar (bahkan) gembira dengan pilihan Allah. (Ujian adalah pilihan Allah bukan pilihan manusia). Tidak ada pilihan Allah yang tidak baik. Semuanya baik belaka.

Jangan sesekali kita menjadi orang yang rugi yakni mereka yang buta daripada melihat hikmah justeru akal dan hati hanya melihat sesuatu yang selari dengan hawa nafsunya sahaja. Ingatan para hamba yang soleh kepada Allah akan bertambah dengan ujian-ujianNya. Mereka merasakan ujian itu satu petanda yang Allah telah memilih mereka. Mereka sentiasa berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) bahawa setiap yang berlaku samada pahit atau manis pasti ada hikmahnya.

”Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, aku tidak tahu, kerana ilmuku terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmuNya Maha Luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya, Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dariMu!”

Ya Allah berilah aku hidayahMu..........petunjukMu......... dan pimpinanMu............Sesungguhnya kepadaMu aku berserah Aminnnn .....



Read more...

Monday, December 6, 2010

Maal Hijrah 1432 - Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun

| | 0 comments

Salam

Semoga semua amalan kita diterima dan semua dosa diampunkan olehNya. Dan semoga kita menjadi insan lebih mulia, lebih bertakwa dan berhijrah menjadi lebih baik dari sebelum ini. Amin…

Doa Akhir Tahun. Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib.




Doa Awal Tahun. Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib.

Read more...