Assalammualaikum semua,
Drama baru di TV3 yang akan disiarkan pada hari Ahad 19 Jun 2011 jam 9 malam. Tengok jangan tak tengok .. sinopsis dia pun dah macam best. Ditambah lagi dengan pelakon yang diminati ramai (ada Aaron Aziz tuuu..) tak sabar rasanya nak tengok :-)
NOVEL STANZA CINTA SINOPSIS DRAMA TV3
"Drama Stanza Cinta berkisar tentang cinta 3 segi antara Amni, Taufik dan Irfan. Amni akhirnya bertunang dengan Irfan pemuda kaya raya, sedangkan hati dan cinta pertamanya untuk Taufik, pemuda alim. Bagaimanakah Amni boleh bercinta dgn orang lain dan bertunang dgn orang lain?"

Amni
Sorfina hanyalah seorang wanita akhir zaman yang sedaya upaya untuk
menjadi solehah. Namun..jalan yang terbentang dihadapannya selalu
berombak dan tidak pernah tenang. Ujian itulah teman baik yang selalu
mengikutnya kemanapun dia melangkah.
Ketika bahagia mula menyapa dirinya, ketika bunga-bunga sakura
mengembang dengan indahnya, ketika dia mula tersenyum
bahagia....tiba-tiba sahaja segalanya menjadi begitu menyiksakan jiwa
dan menikam-nikam tangkai hatinya. Seolah-olah istilah bahagia itu
bukan untuknya. Apa sahaja yang diimpikan dan diharapkan tidak pernah
menjelma menjadi kenyataan. Sering sahaja Allah mengambil orang-orang
yang disayangi dari sisinya.
Simpang kehidupan Amni begitu rumit dan melelahkan. Terhidang dengan
derita dan airmata. Walaupun cinta itu ada didepan matanya, namun dia
tidak pernah sempat mengecapi makna bahagia itu. Hatinya sering luluh
dan terluka kerana cinta yang dimiliki.
Apakah Amni akhirnya berada disisi Taufiq…seorang lelaki yang begitu dicintainya, lelaki soleh yang mula mengajar Amni makna cinta sejati, Sang Adam pertama yang telah berjaya membeli cintanya yang paling mahal itu? Atau Irfan Ikmal yang selalu hadir dengan cinta yang luhur dan suci untuk Amni. Yang rela memberikan seluruh kebahagiaan yang dimilikinya untuk Amni. Mestikah dia memilih cinta ini? Tidak bisakah dia mengecapi bahagia tanpa perlu menyakiti insan lain?

0 comments:
Post a Comment