Friday, July 1, 2011

Tahajjud Cinta

| |



Drama baru yang akan ditayangkan di dalam slot Zehra di TV3 bermula pada 8 Julai ini (Jumaat) jam 9 malam.  

Drama terbitan syarikat produksi Rumah Karya Citra adalah sebanyak 13 episod membariskan pelakon popular antaranya Fazura, Fouziah Gous, Eman Manan, Remy Ishak, Shahz Jaszle, Tiz Zaqyah, Aaron Aziz, Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin dan Neelofa.  

Turut berlakon Norish Karman, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Dira Abu Zahar, Ziela Jalil, Azizah Mahzan, Fazreen, Heryanto, Fadhilah Mansor dan Melissa Saila.

Pengarah dan pelakon Erma Fatima, mengambil langkah membariskan 19 pelakon popular dalam drama arahannya untuk mendapatkan impak yang luar biasa selain menyampaikan mesej kepada penonton drama ini.

Synopsis

Mengisahkan mengenai sahabat iaitu Citra Maisarah (lakonan Fazura), Seri (Fauziah Gous) tidak dapat lari dari cinta dan kasih sayang. Citra telah jatuh cinta dengan Azihan (lakonan Shah Jazle) seorang lelaki yang sangat berpegang teguh kepada agama. Emelda (kakak kepada Citra ) ada masalah dengan teman lelakinya dan dia sangat lemah untuk mengahadapi masalah dalam percintaan.

Citra dan Seri pulang ke Malaysia dan Citra berjanji kepda dirinya untuk membela hak hak kaum wanita dari ditindas kaum lelaki. Citra ingin membukti jugak kepada keluarganya yang dia akan berjuang demi hak kaum wanita yang tertindas di zaman sekarang ni. Citra jugak ingin memperjuangkan hak kakaknya yang ditindas oleh abang iparnya.

Manakala Seri yang telah jatuh cinta buat pertama kali tapi entah macam mana dan dia telah berkorban untuk berkahwin dan menjadi isteri keempat kepada seorang ustaz. Ustaz ni pulak bapa kepada Solahudin (Remy).
Dapatkah Citra dan Solahudin, menyelamatkan Seri ( Fauziah Gous) dari menjadi isteri keempat. Solahudin tidak mahu menjadi anak derhaka. Sampai bila Solahudin sanggup melihat ayahnya hidup dlm kemungkaran, menggunakan agama untuk kepentingan nafsu.

Saya sangat suka kebanyakan drama sekarang ini yang lebih menampilkan perempuan bertudung dan juga jalan cerita yang berfokus kepada isu-isu kemasyarakatan.


Selamat menonton :-) 




0 comments:

top

Post a Comment