Monday, August 1, 2011

Penyanyi Pop Yeh Yeh, Hasnah Haron meninggal dunia

| |


 
Innalillahiwainnailaihirojiun

Tanggal 1 Ramadan membawa perkabaran sedih di dalam arena musik tempatan apabila diberitakan perginya seorang penyanyi pop yeh yeh popular, iaitu Hasnah Haron. Allahyarhamah telah meninggal dunia jam 8 pagi tadi  akibat kanser pangkal rahim. 

Allahyarhamah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Mahmoodiah Johor Bahru petang ini. Allahyarhamah telah meninggalkan 6 orang anak. 

Sama-samalah kita sedekah Al-Fatihah dan doakan agar Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang beriman. Salam Takziah kepada keluarga Allahyarhamah.

0 comments:

top

Post a Comment